Selasa, 17 November 2009

Khamis, 5 November 2009

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA (Nasihat)

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ini adalah gambar semasa muka Hana dalam keadaan ceria dan sedih.
Nak tau x, malam tadi Hana berebut Handphone dgn atuk Majidi. Waktu nie Hana sedang bercakap dgn abang Didie di Bintulu. "buh....buh....buh..." ? 4hb November 2009 di Desa Petaling.

Rabu, 4 November 2009

Hana nak kenalkan sape papa mama


Kenapa papa suka kat mama.......nak tau ker...RAHSIA BESAR.... xxxxxxxxxxxxxxxxxxx.... maafla Hana pun x tau...Nama papa adalah Mohd Hilman, mama pula Nur Majidah...Gambar sebelah nie waktu mereka berbulan madu di Beach Resorts Satubung, Sarawak...
Waktu 2 Hana belum ada lagi..hehehehehehe...papa mama kerja satu tempat di jabatan kerajaan, sama jawatan dan bahagian lain2..ok la 2kan...mereka mula berkenalan sejak mula lapor diri di jabatan 2. mula2 mama kate papa sombong yelah mama dok senyum kat papa tp dia wat bodoh aje...sakit ati mama....
Disebabkan ada kes tertentu mama mula jatuh ati ngan papa..papa pulak pandai...bijak bijak...nakal pun ada ngan papa nie... ok la...nanti Hana sambung lg cerita papa mama

Hana bergaya dgn baju raya Nenek Zaharah buat.


Baju raya nie, nenek Zaharah buat untuk cucu perempuan pertama dia tau...siap ada selendang lg...waktu tu, hana baru 7 bulan..Terima Kasih nek....nanti wat lagi tau...wat banyak2...k
Nenek tunggu Hana pulang tau raya aidil adha 2009 nie...Hana ngan papa mama dah booking tiket pakai waran..Hana naik flight MAS...Best tau ada makan...Biasanya naik AirAsia aje..pun ok jugak...sama aje..janji sampai...heheheheheeeee.....

Tahun Pertama Raya di Kg. Parit Buntar, Perak (Papa)


Hana bersama moyang hana tau...umurnye hampir 80 Tahun... Walaupun Hana tidak mengerti KASIH SAYANG seorang moyang tapi Hana sudah cukup gembira kerna beraya di kampung papa ( tgkla Hana senyum dlm gambar 2)... hehehehe.....nama moyang Hana ialah Siti Aisyah. Moyang sangat tabah menempuhi hidup seorang diri walaupun nenek-nenek Hana ajak duduk di Kuala Lumpur tapi dia x mahu mungkin dia akan rindukan kg. halaman...Taniah moyang Hana..Hana doakan kebahagian dan kesihatan moyang Hana sihat sentiasa....Terima Kasih dukong Hana....
Salam Sayang Hana pada moyang Siti Aisyah..

Hari Pertama Melihat Dunia




Nurul Hana Afia namaku diberi oleh papa mama. Hana happy sebab dikurniakan papa mama yang begitu penyayang dan pekak kehendak diriku. Hana dilahirkan secara normal oleh mama dengan keizinan-NYA pada 19hb Feb. 2009 bersamaan 23 Safar 1430 H di Hospital Umum Sarawak pada 9.40 mlm (Malam Jumaat)